Have an account?

March 16, 2011

1st try photography

-Miyajima Port-

-Oomiya Station-

-Asakusa district-

-Asakusa Souvenir (Sake)-

-Asakusa Souvenir (Daruma)-

-Night at Ebisu-

ps:
-taken during my family visit
-Canon Kiss X4 (550D), sigma f1.4 30mm lens

March 3, 2011

Persoalan mereka yang tidak beragama

"Adakah Tuhan itu wujud ?"

Begitulah persoalan yang telah ditimbulkan oleh seorang senior saya kepada saya. Perbualan bersama senior lab saya selama sejam banyak membuka minda saya mengenai hidup insan yang tidak beragama.

Sudah hampir 4tahun saya tinggal di Jepun. Sepanjang 4tahun ini, pelbagai pertanyaan dari mereka yang berminat mengenai agama telah saya dengari. Kadang kala, terasa takut untuk memberi jawapan kerana ilmu yang masih kurang di dada. Tetapi atas dasar tanggungjawab, usaha tetap diteruskan untuk memberikan tunjuk ajar yang terbaik kepada mereka.

Berbalik kepada persoalan yang senior saya berikan itu. Terdapat banyak perkara yang harus difikirkan sebelum memberikan jawapan. Beginilah perkara yang saya pertimbangkan sebelum memberi jawapan.

Pertama sekali, penerangan tidaklah seharusnya mendalam kepada Islam dahulu, tetapi kepada keyakinan bahawa Tuhan itu wujud. Mereka yang bertanya itu tidak beragama, malah tidak mengenal tentang mana-mana agama. Begitulah yang telah saya lakukan. Menerangkan kewujudan setiap makhluk pasti adanya penciptanya dan matlamat diciptakan.

Setelah penerangan mengenai Tuhan, sebagai manusia yang mempunyai akal, kita sendiri harus belajar dan berfikir. Keyakinan kita pada Islam sendiri berdasarkan ilmu kita bagi membentuk hati yang lebih kukuh mengenai kebenaran Islam itu sendiri. Pada senior saya, saya juga berusaha menerangkan mengenai pengetahuan saya berkenaan agama lain yang saya pelajari sepanjang 4tahun di sini dan melalui agama-agama itu, saya memberikan perbezaan yang ada pada Islam yang dapat membuatkan senior saya lebih berfikir mengenai kebenaran kata-kata saya.

Tetapi, perkara yang paling penting pada saya mengenai persoalan ini ialah berkenaan sebab mereka ingin tahu. Ada yang bertanya kerana berminat, sekadar ingin tahu, ingin mencari kesalahan dan pelbagai lagi. Atas sebab itulah, kita harus bijak mencari jawapan yang sesuai dengan niat mereka.

Buat senior saya pula, seperti kebanyakan orang Jepun lain, mereka kebanyakan mencari Tuhan di kala susah. Dan mempertikaikan kesusahan mereka dengan Tuhan yang tidak membantu. Sehingga akhirnya mereka membuat keputusan mempercayai Tuhan itu tidak wujud. Kita tidak dapat menyalahkan mereka kerana mereka tidak tahu. Jadi mereka mencari orang seperti kita yang mempunyai agama dan percaya kepada Tuhan.

Terdapat banyak lagi soalan yang telah diberikan, di antaranya ialah:

1-Adakah kamu percaya kepada Islam kerana kamu dilahirkan dalam Islam. Jika kamu lahir di sini, adakah kamu akan seperti kami tidak mempercayai agama.

2-Jika Islam itu benar, kenapa Allah tidak melahirkan semua manusia dalam Islam.

3-Di manakah Tuhan. Di manakan syurga dan neraka.

4-Bukankah manusia dijadikan dari proses evolusi. Jadi bagaimana manusia dulu yang masih kurang akalnya untuk mengenal agama.

5-Kenapa orang seperti kamu mendalami bidang engineering. Sedangkan segala di dalam dunia ini telah dibuktikan dengan sains dan perkara mengenai Tuhan ini adalah di luar logic sains.

6-Bagaimanakah keadaan mati.

Hidayah Allah itu luas. Bersyukur saya kerana Allah bukakan hati senior saya untuk mengenal agama. Mungkin saya tidak dapat memberikan penerangan yang jelas atas kekangan bahasa Jepun, tetapi sekurang-kurangnya saya berjaya membuka mindanya untuk lebih berfikir.

Biarlah bermula dari mencari kewujudan Tuhan. Kerana dalam Rukun Iman juga yang pertamanya adalah mempercayai Allah dan kewujudanNya. Dalam mencari kewujudan Tuhan, pastinya akan mencari kebenaran dalam setiap agama.

Ini juga memberi pengajaran kepada kita. Betapa bertuahnya kita kerana kita di dalam agama Islam. Kita diberikah hidayah dan kita haruslah menggunakan dengan sebaiknya. Masih ramai manusia yang berusaha mencari kebenaran. Yang lebih teruk adalah mereka yang masih sesat dan tidak mahu berfikir.

Alhamdulillah, syukur atas pengalaman kali ini.
Larger Font | Smaller Font